Pages

Thursday, October 22, 2015

Mama blurr

Mama selalu berfikir tentang anak. Pengalaman mendidik anak-anak sekolah rendah dan menengah membuatkan kadang-kadang mama pun 'blurr' apabila hendak mendidik anak kecil. Kita sedia maklum nak mencorak anak bermula semenjak kecil. Ramai anak-anak malas belajar kerana tidak tahu tujuan belajar. Katanya kalau belajar pun bukan dapat apa yang mereka mahu. Ada anak-anak yang hanya mahu keputusan cemerlang hingga menzalimi diri dan kawan-kawan. Ada yang meniru dan menipu demi keputusan cemerlang. Allah... Cikgu jadi bantu. Mama jadi keliru.

Apabila mama bagitau yang Allah benci orang menipu, orang zalim dan orang malas, anak-anak tiada rasa takut..  Allah..  Pada nama Allah mereka tiada rasa.. Tiada gerun, apatah cinta.

Mama rasa bagai tersungkur. Tujuan mendidik bukan melahirkan manusia yang zalim dan pemalas. Mungkin salah di pihak mama. Mama culas menjaga amalan hingga hilang keberkatan dalam ilmu yang disampaikan. Bagaimana mungkin bateri lemah dapat mengemas bateri-bateri lain yang turut lemah?

Ya Allah berikan kami hidayah petunjuk-Mu..

3 comments:

  1. Amin...Moga Allah pandu kita untuk mendidik anak mengikut acuan Islam. Sabar dan solat. Sama-sama ingat. Entri ni mengingatkan saya pada ketika berasa "down"..:-| :-|

    ReplyDelete
  2. Amin...Moga Allah pandu kita untuk mendidik anak mengikut acuan Islam. Sabar dan solat. Sama-sama ingat. Entri ni mengingatkan saya pada ketika berasa "down"..:-| :-|

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan puan sekeluargaa.. :)

    ReplyDelete