Pages

Thursday, October 22, 2015

Mama blurr

Mama selalu berfikir tentang anak. Pengalaman mendidik anak-anak sekolah rendah dan menengah membuatkan kadang-kadang mama pun 'blurr' apabila hendak mendidik anak kecil. Kita sedia maklum nak mencorak anak bermula semenjak kecil. Ramai anak-anak malas belajar kerana tidak tahu tujuan belajar. Katanya kalau belajar pun bukan dapat apa yang mereka mahu. Ada anak-anak yang hanya mahu keputusan cemerlang hingga menzalimi diri dan kawan-kawan. Ada yang meniru dan menipu demi keputusan cemerlang. Allah... Cikgu jadi bantu. Mama jadi keliru.

Apabila mama bagitau yang Allah benci orang menipu, orang zalim dan orang malas, anak-anak tiada rasa takut..  Allah..  Pada nama Allah mereka tiada rasa.. Tiada gerun, apatah cinta.

Mama rasa bagai tersungkur. Tujuan mendidik bukan melahirkan manusia yang zalim dan pemalas. Mungkin salah di pihak mama. Mama culas menjaga amalan hingga hilang keberkatan dalam ilmu yang disampaikan. Bagaimana mungkin bateri lemah dapat mengemas bateri-bateri lain yang turut lemah?

Ya Allah berikan kami hidayah petunjuk-Mu..

Wednesday, October 21, 2015

Rabu yang sibuk

 Hari ini Rabu kami belajar huruf Abc.. Mama berjaya download semalam daripada YouTube. Pagi tadi mama sibuk mengulangkaji tajwid jadi Fayyadh menonton sendirian Abc.

Hari ini juga Fayyadh ada kalimah baru iaitu "Da"..  Asyik menjerit Da Da Da.

Petang tadi baru kami bekarya.. Projek seni cap tapak tangan. Fayyadh penggeli sebab water colour ini melekit. Sempat dia lap tapak tangan merah ke rambut dan telinga sudah rupa mangsa kemalangan..


Karya Fayyadh telah Mama gantung di tepi tangga. Ruang dinding tangga akan mama hiaskan dengan karya anak-anak didik mama.


Mama nak print gambar haiwan dan tampal pada board ini tapi printer meragam... Alhamdulillah Fayyadh tetap gembira dengan hasil kerja separuh jalan ini. Mama cuma dapat membaca nama haiwan dengan kuat sambil beraksi. Fayyadh pula bertepuk tangan.  


Selepas aktiviti comot-comot mestilah aktiviti basuh tangan.  Beberapa kali cubaan menterbalikkan besen dan mencelup botol sabun ke dalam air. 



Mama tidak banyak masa jadi mama masak sesuatu yang pantas. Tidak lain dan tidak bukan ialah masak nasi letak ayam dan sayur sekaligus dalam periuk nasi. Mama menggunakan minyak zaitun untuk menumis halia dan bawang Holland. Kemudian masukkan ayam dan garam bukit. Tambahkan beras dan air. Akhir sekali masukkan tomato yang telah diramas sikit.. Prof Muhaya kata tomato yang dimasak lebih berkhasiat berbanding yang mentah... Siappppp!

Fayyadh suka nasi berperencah, macam nasi pengantin..


Nak kongsi sikit...  Ulangkaji Intensif SPM ini berkonsepkan seorang guru dan seorang pelajar. Sangat fokus dan ekslusif. Sangat sesuai untuk pelajar yang perlukan lebih perhatian..  Maklumat lanjut boleh rujuk hometuitionkhalilah.blogspot.com 



Tuesday, October 20, 2015

Anak rajin belajar kemahiran hidup






No mountain too high when there's a will.

Selasa pagi kami


Assalamualaikum.. Hari ini hari Selasa. Cuaca masih jerebu lagi jadi sekolah dapat cuti lagi. Pagi ini mama pun cuti kelas Quran..  Jadi lepas sarapan dapat terus mulakan aktiviti. Inshaallah mulai bulan November mama akan mula mengasuh dua orang lagi anak. Inshaallah dapat Fayyadh belajar berkawan..  

Ada beberapa orang pelajar iqra dan Quran yang nak datang belajar di rumah. Jadi sambil mama mengasuh anak-anak sambil mendengar bacaan iqra dan Quran pelajar-pelajar mama. Mama rasa ini akan membina suasana yang baik untuk anak-anak mama... 

Buat masa ini anak-anak murid mama yang belajar Iqra dan Quran ini adalah golongan dewasa.. Kaum ibu dan nenek.. Mama mahu anak-anak tahu bahawa Quran ini pendamping sepanjang hidup kita.. Selagi boleh belajar, teruskan belajar..  Selagi boleh mengajar, teruskan mengajar... 

Inshaallah ganjaran kita kutip di akhirat nanti. 

Perkembangan Otak Kanak-kanak dan Kesan Gajet

video

Rakaman pagi tadi.. Terima kasih emak sebab tolong rakam..


Nota :
1. Gajet menyebabkan anak kurang fokus dalam kelas.
2. Gajet mematikan deria rasa anggota lain

CD Qari Cilik

Program belajar hari ini :
Dengar kalamun qadim dan surah-surah pilihan daripada CD Qari Cilik.. 
Fayyadh pakai apron sebab hari ini dia ada subjek seni.... 

Pagi ini kelas Quran cuti jadi mama minta papa bawa kereta kerana jerebu kuat.




Monday, October 19, 2015

Program Petang Isnin Kami

Program belajar hari ini :


Dengar azan
Dengar Al-kahfi ayat 1-10
Dengar Al Fatihah
Belajar menggunakan zip


Lain-lain hal:
Potong rambut dan kuku.
Tidak boleh tonton TV hari ini

Asbab jerebu, Fayyadh selesema. Allah juga yang mengizinkannya... Pagi tadi ikut mama ke kelas. Balik kelas hidung meleleh hingus.

Malam ini harap-harap papa balik awal supaya tidak perlu Fayyadh keluar rumah mengikut mama... Semoga anak mama cepat sembuh. Syafakallah.

Sunday, October 18, 2015

Belajar Kemahiran Menggosok Gigi

Sementara menunggu asar, kami belajar gosok gigi..  Lepas ini boleh buat rombongan dengan mama dan papa untuk menggosok gigi sebelum tidur.

Cara saya mengajar anak menggosok gigi :
Gosok gigi depan dia dengan gembiranya.. Kemudian bagi dia pegang berus gigi.. Mula-mula pegang tangan dia suruh berus gigi kita.. Kemudian tak lama tu dia berus sendiri.. Banyak kali practice..  Baru kali ini kelihatan sukses..  Teruskan usaha. :)

Setiap malam saya ajak dia menggosok gigi.. Biasalah budak-budak, kadang-kadang mood dia baik, segalanya lancar sahaja. Kadang-kadang dia tutup mulut rapat tak bagi berus gigi dia. Tapi dia suka nak gosok gigi mak dia...

Sabarlah...









Pagi Isnin Kami

Assalamualaikum...
Hari ini jerebu lagi jadi sekolah dapat cuti..
Anak mama sekolah di rumah jadi tiada cuti. Bangun pagi jam 8 terus tonton YouTube azan. Mama cuba download supaya dapat simpan dalam pendrive tapi tak berjaya... Inshaallah nanti mama cuba lagi. Fayyadh suka dengar azan. Nanti dia meniru gaya azan. Mama suka tengok mimik muka dengan mata tutup rapat, mulut lopong dan tangan tutup telinga Fayyadh. Ada rupa gaya muazzin. Ini yang buat perut mama sejuk.

Jam 8.30 pagi hingga 11 pagi anak mama ikut mama pergi mengajar Quran Perseorangan di rumah-rumah pelajar...

Fayyadh dapat hadiah baju-baju terpakai anak-anak pelajar mama... Alhamdulillah terima kasih.

Lepas kelas kami singgah beli lauk makanan tengah hari dan pulang ke rumah. Seperti biasa Fayyadh suka melilau di laman rumah. Puas diajak masuk tapi dia jual mahal.  Maka mama pasang YouTube azan.. Ha.. Berlari anak soleh seorang ini masuk rumah untuk menonton azan. Lepas tamat azan, replay semula.  Sementara anak khusyuk menonton azan, mama pergi makan dahulu...

Lepas puas azan, anak request tukar siaran..  Emm.. Pasang selawat Raihan. Bertepuk tangan anak soleh gembira. Suka sangatlah tu...

Dalam fikiran mama ada banyak tugasan nak dibuat. Pertama sekali ialah menyusukan Fayyadh sampai tidur..  Jam pun sudah hampir 12 tengah hari... Sambil menyusukan Fayyadh sambil dengar selawat...

Senaman di Taman





Alhamdulillah cuaca baik..
Lama sudah teringin ke sini. Dulu zaman bujang datang berjoging di sini. Sekali lagi datang sudah dapat anak..
Bagi peluang Fayyadh bersenam, harap-harap malam ini dia tidur awal... Sambil itu dapat melihat kebesaran alam ciptaan Allah.

Assalamualaikum bakal-bakal ahli syurga inshaallah


Assalamualaikum...

Tjcxmazbp the yb X ZJFVX OWE lp Ezad Vvg Zeus - ditaip oleh Fayyadh

Mama tidak pernah terfikir nak update blog tentang homeschooling Fayyadh..  Idea sahabat mama, Pn Fariza Roslli sangat bermanfaat.. Semoga perkongsian mendidik anak-anak mama ini diredhai Allah dan dapat manfaat kepada para pembaca..

Bersama melahirkan anak-anak muqorrabin dan mukhlisin....